- Pihak pentadbir dan Unit Peperiksaan menyediakan peratus lulus keseluruhan dan gred purata sekolah untuk PMR dan SPM pada tahun lalu dan diedarkan kepada semua panitia.
- Panitia menetapkan peratus lulus dan gred purata bagi setiap mata pelajaran di bawah naungan mereka (sasaran peratus lulus dan gred purata mestilah melebihi peperiksaan tahun lepas)
- Panitia mengarahkan guru mata pelajaran untuk membuat sasaran bilangan pelajar mengikut gred bagi setiap kelas yang di ajar.
Fasa Pelaksanaan
- Guru mata pelajaran mengisi fail ‘Headcount SPM’ dan ‘Headcount PMR’ dalam Microsoft Excel yang telah disediakan oleh Unit Peperiksaan.
- Panitia perlu pastikan supaya peratus kelulusan dan gred purata mata pelajaran melebihi peperiksaan tahun lepas.
- Guru mata pelajaran menentukan gred bagi setiap pelajar mengikut jumlah yang telah ditetapkan sebelumnya.
- Guru menyedikan sasaran markah untuk setiap pelajar berdasarkan sasaran gred pelajar.
Fasa Penyediaan Data
- Unit Peperiksaan menyediakan data head count di dalam perisian SAP45 dan SAP 123
- Guru mata pelajaran memasukkan data sasaran markah ke dalam perisian SAP45 dan SAP 123 untuk setiap pelajar.
- Unit Peperiksaan menggabungkan semua data dan memastikan peratus kelulusan dan gred purata menepati sasaran pantia masing-masing.
Fasa Penyediaan Graf
- Setiap pelajar diberikan ‘Kad Penilaian Prestasi’ yang berbentuk graf mengikut bilangan mata pelajaran yang di ambil.
- Dengan bimbingan guru mata pelajaran, pelajar menandakan graf mereka mengikut markah yang diperolehi dan markah sasaran yang diberikan oleh guru masing-masing – Rujuk Penentuan Data Head Count
Fasa Audit Akademik Pelajar
- Guru memindahkan data di dalam Kad Penilaian Prestasi tersebut ke dalam Borang Data Head Count di dalam fail Audit Akademik Pelajar
- Pentadbir membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memastikan guru mencapai sasaran yang telah dibuat.
Fasa Pecutan Akhir
- Selepas sukatan mata pelajaran selesai di ajar, guru-guru mata pelajaran akan membentuk 3 kumpulan berdasarkan kemampuan dan prestasi para pelajar iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan galus (gagal-lulus).
- Semua aktiviti yang dibuat seperti latih tubi dan ulangkaji dilakukan berdasarkan kumpulan tersebut yang mana bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelajar di bahagian sederhana kepada cemerlang dan bahagian galus kepada lulus.