Monday, May 25, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam bahagia

terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini. saya pasti, anda adalah salah seorang guru, pelajar ataupun ibu bapa yang berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai program 'headcount'. tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk kita sama-sama berkongsi maklumat dan kemahiran dalam melaksanakan program yang sangat baik untuk membantu anak-anak dan pelajar-pelajar kita mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai headcount, ingin saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. saya adalah salah seorang guru di SMK Taman Mutiara Rini, Johor Bahru tetapi kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Fizik sepenuh masa tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. sudah berumah tangga dan kini mempunyai 3 cahaya mata perempuan. saya mula melaksanakan headcount ini semenjak mula-mula ianya diperkenalkan di Johor. Pada masa itu, hanya beberapa sekolah sahaja yang terpilih untuk menjadi perintis kepada program ini. Perisian yang digunakan pada masa tersebut hanyalah Microsoft Excel, dan pastinya banyak kelemahan dan kekurangan yang didapati di dalam perisian tersebut. saya menguruskan headcount di peringkat sekolah selama lebih kurang 3 tahun sebelum menjawat jawatan sebagai guru media dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Perisian SAP123HC dan SAP45HC yang digunakan kini cukup mantap dan memudahkan guru-guru melaksanakan program headcount tersebut. namun begitu, beberapa fail daripada microsoft excel tetap perlu digunakan untuk memudahkan perancangan guru sebelum memasukkan data ke dalam perisian headcount. kita akan bincangkan perkara-perkara tersebut dalam post saya yang akan datang.

akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. sama-samalah kita memanfaatkan blog ini dengan sebaik mungkin agar usaha dan keprihatinan kita ini dapat mencapai impian dan sasaran untuk kecemerlangan anak-anak pelajar kita. saya alu-alukan soalan daripada semua dan anda juga bebas memberi idea, respon dan komen anda di sini.

terima kasih...

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM, SAYA GURU BARU DAN INGIN MENGETAHUI TENTANG APA DIA HEADCOUNT. SAYA DAH BACA SEDIKIT TTG HEADCOUNT YANG ANDA TULIS , NANTI KALAU ADA PERSOALAN SAYA AKAN TANYA BALIK, ANYWAY YOUR BLOG IS GOOD FOR A BEGINNERS LIKE ME. TQ

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam... terima kasih pada zamri aziz... maaf, saya mmg dah lama tak buka blog ni... agak sibuk menyiapkan tesis akhir skrg... masih bnyk maklumat yg perlu saya masukkan... tapi kalau ada apa2 soalan, boleh terus bertanya pd mana2 entry atau terus ke email saya cikgubibi@yahoo.com. tahniah krn mengambil berat ttg headcount... guru2 baru perlu didedahkan seawal mungkin utk memastikan program ini berlangsung dgn jayanya dan memberi manfaat kpd semua... bukannya memberi beban kpd guru dan pelajar... terima kasih...

    ReplyDelete